TAZKIYAH NUFUS

Thursday, May 30, 2013Unknown


“Janganlah kamu bicarakan tentang kekuatanmu di hadapan orang yg lemah,
janganlah kamu bicarakan tentang kebahagiaanmu di hadapan orang yg sedih,
janganlah kamu bicarakan tentang kebebasanmu di hadapan orang yg terpenjara,
janganlah kamu bicarakan tentang hartamu di hadapan orang yg fakir,
dan janganlah kamu bicarakan tentang kedua ibu bapamu di hadapan orang yg yatim..

Timbangkanlah kata-katamu dan raikanlah perasaan-perasaan orang lain..”

Pasti setiap daripada kita pernah melakukan kesalahan kan? baik dari tingkah laku mahupun kata-kata.
Kadangkala apabila kita terlalu gembira , kita akan meluahkan kegembiraan itu kepada orang lain tanpa menyedari bahawa hatinya sedang bersedih. Begitu juga kita terlalu bersemangat menceritakan hal percutian keluarga kita ke sesuatu tempat tanpa memikirkan perasaan mereka yg kemungkinan tiada kesempatan seperti kita dan sebagainya. Benarlah kata orang , berfikir dulu sebelum berkata-kata.

Kita sedia tahu yg manusia mempunyai fikiran positif dan negatif . Tidak semua orang mampu menjadikan diri mereka sentiasa berfikiran positif sebenarnya. Sebagai contoh , apabila kita menceritakan kegembiraan kita kepada orang lain dan secara tidak sengaja menimbulkan sedikit perasaan sedih jauh di sudut hati mereka. Barangkali perasaan yg ada pada mereka itu telah sedikit sebanyak melahirkan perasaan tidak bersyukur kepada Allah Taala. Refleksi diri .

Lembutkanlah hati untuk meraikan perasaan orang lain agar Allah meraikan hati kita. InsyaAllah.

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

You Might Also Like

0 comments

Contact Form