KELaPe :D

Monday, January 24, 2011Unknown

Assalamualaikum w.b.t :)
salam 1 malaysia.hehe..
start hari jumaat harituh,sampai lah hari ini (ahad)..
asyik sibuk memanjang,cuz menghadiri program yg diberi nama KELaPe (KEM LATIHAN ASAS PEPIAS).huu
program nih adalah under PEPIAS..yakni PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR,,
 erm..banyak ilmu & pengalaman yg telah aku dapat sepanjang program itu diadakan.memang teruja and alhamdulillah kerana telah dipilih oleh Allah untuk menyertai persatuan ini.alhamdulillah :)


FAIL YG DIBEKALKAN UTK PESERTA ; MATHURAT & INTIPATI  USRAH


Sepanjang program nie,kitorang telah dibahagikan kpd beberapa kumpulan,,di mana kumpulan nie adalah utk  halaqah , breakfast , lunch , dinner , tadarus & sebagainya melainkan ceramah shja. :)
memang seronok ar..plus,ade qiamullail and semua2 yg memang hostelian smks18 buat.huu.
alhamdulillah..

DINNER
MAKAN BERSAMA BG MERAPATKAN UKHWAH

BREAKFAST
MAKAN DALAM DULANG TAU.BEST SGT2 :)

LUNCH
MAKAN BERDULANG TERAKHIR :'( HUU


Dalam PEPIAS nie..terdapat 7 budaya PEPIAS yg kitorang kene follow & WAJIB hafaz.hah.
1.Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia.
2.Bersedia untuk belajar,mengajar & diajar.
3.Penghayatan amalan kerohanian.
4.Memperkasa semangat ukhwah.
5.Menghayati amalan syura , amal jama'ie dan budaya kerja terancang.
6.Prihatin dan beriltizam dengan isu semasa.
7.Menghayati ruhul jihad fisabilillah.

Tyme malam yg ketibaan kami tuh..kitorang bertaaruf kubra.memang best.alhamdulillah..dlm 1 mlm tu jeh da boleh hafaz & ingat semua nama sahabat2. :)
erm ketika bertaaruf tu lah..baru dapat tau rupanya hanya 4 org ( aku,yan,tiah & saadiah) shje yg paling muda kat situ.alhamdulillah.
kebanyakan ahli PEPIAS nih terdiri drpd umur antara 18 - 26 tahun sahaja.hah.
Presiden PEPIAS nie adalah Abg. Zulhelmi bin Abdullah..engineer,,tp blom kawen lg ye.hahaha.putih,hndsome ar.alhamdulillah. :)


Abg Zul kate,sebagai pendakwah kita kene bersedia dlm segala bentuk,iaitu : keberanian , pengorbanan dan pandai melembutkan hati orang yg keras.
Dalam pada itu,kami disarankan supaya membeli buku yg berjudul : APA ERTINYA SY MENGANUT ISLAM. Dalam buku tersebut,kebanyakannye kami gunakan untuk mengadakan perbincangan dan memberi pendapat masing2.baca lah.bagus jugak.hadis yg dinyatakan pun jelas dan mudah difahami.InsyaAllah.

Halaqah 1 : Mengenal Makna diri
Manusia diciptakan utk menjadi HAMBA ALLAH , KHALIFAH , & DAI'E 
1.Siapa sy ? - Hamba Allah
2.Berasal dr mana ? - Tanah yg hina..yg selalu dipijak2.
3.Kampung di mana ? - Syurga yg abadi,InsyaAllah,
4.Apa cita2 kamu ? - Mencapai mardhatillah.
5.Bagaimana utk mencapai cita2 ? - Ikhlas & taat kpd Allah.
7.Kemanakah hala tuju selepas ini ? - Menghadapi hari pengakhiran.


USRAH :)
Halaqah 2 : Sy Mestilah Mampu Mengawal Diri
Terdapat 3 golongan manusia yg diciptakan Allah di dunia nie..
1.Golongan pertama - Yg hidup hanya utk dunia shja..; mencari rezeki tanpa niat kerana Allah atau erti kata lain lupe kpd Allah.
2.Golongan kedua - Yg sesat antara dunia & akhirat..nauzubillah,;tetapi golongan nie adlh org kebanyakan , kita2 lah tu..kadangkala buat sesuatu bkn kerana Allah,ibadah yg dilakukan menjadi sia2....
3.Golongan ketiga - Yg menganggap dunia adlh ladang tanaman utk di akhirat.; melakukan ibadah dgn bersungguh2 dan betul2 kerana Allah..ibarat melakukan ibadah seolah2 dirinya akan mati pd esoknya.manakala bekerja bersungguh2 seolah2 akan hidup 1000 tahun.

GROUP USRAH KAMI =)


 Halaqah 3 : Peranan & Ciri2 Gerakan Islam
Ciri2 khusus adlh seperti ; Menjauhi pengaruh2 politik & pemerintah , mesti beransur2 dlm setiap gerak langkah ( mesti ade فقره  yg sama )
Imam Hasan Al Banna menyatakan bahawa terdapat 3 peringkat dakwah iaitu ;
1. Pengenalan & Pengajaran
2. Pembentukan
3.Pelaksanaan
Bahkan , kita memerlukan ketaatan kpd Allah dlm perjuangan.
Dimana,perjalanan dakwah adlh panjang & jauh, jika anda ingin berehat pun ,Allah akan memberi kerje yg lagi banyak..kerana dakwah itu tiada pengakhirannya.InsyaAllah.

PUTERI2 PEPIAS


Ceramah 1 : Tanggungjawab Manusia Sebagai Muslim
Ceramah nie telah disampaikan oleh Abg. Jufitri Joha yakni PENGERUSI GRUP PENJEJAK TAMADUN DUNIA (GPTD) EXCO ABIM. :) 
Erm,,dah kawen dah pun & ade 2 org anak yg sgt2 comel.huu.
akhi nie kate,,kita ade 7 Formula Hidup Sukses yg telah ditulis dlm buku karya Ustaz sorg nih.
1.Bahasa kehidupan.
2.Kenali pemilik kehidupan.
3.Hala tuju kehidupan.
4.Alam kehidupan.
5.Peraturan kehidupan.
6.Pimpinan kehidupan.
7.Penilaian kehidupan.
 minta maaf ye tak dapat nak kupas dgn lebih lanjut cuz panjangs gt. hee
 jika shbt2 ingin mengikuti ekspedisi abg Fitri nie boleh la lawati gptd-spain.blogspot.com 
akhi nie memang hebat lah.

ape2 pun kita mesti tau tanggungjawab kita sebagai muslim..bak kate mr.presiden,istiqamah la walau sedikit. :)
ISS - Ikhlas ,Sungguh2 & Sabar .
Mr.Presiden ade berkata ketika ucapan rasmi majlis penutup KELaPe ni..;
..Sekali anda memilih PEPIAS , anda memilih utk susah. :) 
hu.scary jugak dengar kate2 uh.tp jgn gabra ye..kate2 uhh bleh jadi pembakar semangat gak bg sesiapa yg mahukannye :)
bahkan..Allah tidak akan membebani hambanya melebihi kemampuan mereka..renungkanlah....
sekian , wasalamualaikum w.b.t.~ 



yg ikhlas lg bersyukur, :)
fatin `aqilah bt ahmad puad     

You Might Also Like

0 comments

Contact Form